Calon BN pilihan raya Sarawak perlu ikut syarat Adenan - Presiden Teras
Hafiz Marzukhi
April 12, 2016 14:38 MYT
April 12, 2016 14:38 MYT
Calon-calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Negeri Sarawak nanti dinasihatkan mengikut syarat yang diberi Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem.
Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) Tan Sri William Mawan berkata, syarat itu harus dituruti jika mana-mana calon ingin bertanding di bawah tiket Barisan Nasional.
"Jika ingin bertanding sebagai BN, ikut.
"Jika tidak, tidak perlulah anda menjadi calon," jawab William.
Ditanya pula mengenai pengagihan kerusi melibatkan partinya, William berkata senarai calon sudah diberikan kepada Adenan.
"Kini, keputusan terpulang kepada Ketua Menteri," tambahnya.
Sementara itu, mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi William dalam PRN lalu, beliau mengulangi kesediaannya untuk mempertahankan kerusi Pakan tersebut.
"Saya akan mengikuti arahan.
"Jika saya diminta bertanding, saya akan pertahankannya," kata William.
Setakat ini, hanya Rosey Yunus dari Teras yang sudah diumumkan sebagai calon langsung BN bagi DUN Bekenu.
#Adenan Satem
#calon Barisan Nasional
#Parti Tenaga Rakyat Sarawak
#pilihan raya Sarawak
#pilihanraya Sarawak
#Teras