PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah menjadi perkara biasa dalam pilihan raya ada calon yang ditampilkan dalam kalangan ahli keluarga.
Menurutnya, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana calon dipilih dari kalangan yang terbaik selain berdasarkan jawatan yang disandang dalam parti.
"Biasalah kalau BN saja semua tak boleh. Apa yang peliknya kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pun pada Pilihan Raya Umum ke-15 bertanding Parlimen di Kedah bersama anaknya, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz).
"Ada lagi contoh lain misalnya sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang mana saya berpendapat soal calon anak beranak ini tak sepatutnya dijadikan isu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini i pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung pemilihannya sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh dan anaknya, Mohd Najib Mohd Isa sebagai calon DUN Bagan Pinang pada pilihan raya negeri (PRN) di negeri ini.
Bagaimanapun katanya, itu bukan bermakna yang UMNO sudah ketandusan calon.
Malah beliau berpendapat yang Najib sepatutnya sudah diangkat sebagai calon ketika dalam Pemuda lagi tetapi ketika itu masih belum ada rezeki.
"Kebetulan pula rezeki dia bertanding dengan saya pada PRN ini dan bagi saya ia bukan jadi isu," katanya.
Bibi Sharliza yang berasal dari Kuala Pilah pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi dari 2004 hingga 2008, manakala Najib yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Port Dickson baharu kali pertama bertanding pilihan raya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 23 2023

Bibi Sharliza berkata, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana calon dipilih dari kalangan yang terbaik selain berdasarkan jawatan yang disandang dalam parti. - Gambar/ Sinar Harian

Bazar Ramadan perkenal sistem tanpa tunai mudahkan peniaga dan pembeli - Fadillah
Fadillah menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah mesra pengguna serta memberikan kemudahan kepada peniaga dan pembeli.
AWANI Ringkas: Siasatan rasuah | Banjir Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KL Wellness City lancar bandar kesejahteraan, tawar hab perubatan bertaraf dunia
KL Wellness City melancarkan bandar kesejahteraan pertama di Malaysia yang menawarkan ekosistem kesihatan dan perubatan terintegrasi di Bukit Jalil.

ASEAN akan perkenal dasar EV standard, diumum semasa sidang kemuncak - Tengku Zafrul
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan inisiatif kemampanan serantau dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.
Ramadan di Turkiye - Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & Spice Bazar diserbu
Masjid Ulu mempunyai seni bina yang unik dengan 20 kubah besar yang tersusun dalam empat baris lima kubah. Apa yang menyebabkan Masjid ini mempunyai 20 Kubah?
Dialog Tiga Penjuru: Had jawatan PM, sepuluh tahun sahaja?
Hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun, wajar atau tidak? Impak kepada kestabilan politik, kelancaran pentadbiran dan hubungan kerajaan dan pembangkang? Penggal tetap jawatan PM, demokrasi lebih sihat dan elak salah guna kuasa? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
AWANI Sabah+: Kundasang destinasi pelancongan unggul
Jika ada hasrat bercuti di Sabah, sudah pasti Kundasang akan menjadi antara destinasi pilihan, baik pelancong di dalam mahupun luar negara.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Johor dilanda gelombang banjir, lima daerah terjejas teruk
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nuraqilah Omar membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Johor yang semakin memburuk.

Mohamad Hasan, Kao bincang komitmen Malaysia terhadap kejayaan Kepengerusian ASEAN
Wisma Putra menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa perkara itu diketengahkan semasa pertemuan di pejabat Mohamad di Putrajaya.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.