KUALA LUMPUR: Tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan keterbukaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap peranan yang boleh dimainkan pembangkang dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Sehubungan itu, Wanita PN menerusi kenyataan bersama lima pemimpin hari ini, mengajak semua parti politik di negara ini untuk menyokong kesemua cadangan berkenaan dan melaksanakan gencatan politik sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 diisytiharkan.
Kesemua mereka yakin cadangan berkenaan akan disokong semua pihak yang mahukan kestabilan politik bagi menjayakan usaha memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda.
"Cadangan ini menonjolkan ketulusan dan kepimpinan tinggi Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin yang jelas meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi politik partisan yang sempit," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu ditandatangani Ketua Wanita PN yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Mohd Harun; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Senator Nuridah Mohd Salleh; Ketua Exco Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) Evelyn Gobile; Ketua Wanita Parti Progresif Sabah (SAPP) Irene Chan Kam Lan; dan Ketua Wanita Gerakan Janice Wong Oi Foon.
Semalam, Muhyiddin dalam Ucapan Khas Perdana Menteri Bersama Memulihkan Negara berkata kerajaan mengemukakan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Sementara itu, kelima-lima pemimpin wanita itu yang mengalu-alukan kesemua cadangan berkenaan turut menyifatkan pihak yang berusaha untuk menggugat kestabilan kerajaan sebagai tidak bertanggungjawab dan anti-nasional.
Kata mereka elemen dalam cadangan itu bukan hanya terhad kepada pengurusan kesihatan dan ekonomi berkaitan COVID-19 semata-mata, sebaliknya bersifat jangka panjang meliputi reformasi politik dan perlembagaan khususnya melalui cadangan untuk mengehadkan tempoh perdana menteri kepada dua penggal dan undi 18 secara automatik.
"Kami juga amat menghargai cadangan untuk menambah siling dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion lagi menjadikan (keseluruhan) RM110 bilion. Tindakan ini akan (dapat) memperkasakan usaha dalam memastikan kesihatan dan kebajikan rakyat yang sangat terkesan oleh pandemik, dibela," kata kenyataan itu.
Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata apa yang dikemukakan perdana menteri bukanlah sekadar retorik malah pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara.
"Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi. Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Wanita PN menerusi kenyataan bersama lima pemimpin hari ini, mengajak semua parti politik di negara ini untuk menyokong kesemua cadangan berkenaan.
30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
Chatgpt digunakan dalam letupan Tesla Cybertruck - Polis
Sherif Kevin McMahill dalam satu sidang media berkata, suspek, Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado menggunakan chatbot kecerdasan buatan generatif itu untuk mengumpul maklumat bagi rancangannya.
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan
Buruan paling dikehendaki di Chile ditahan oleh pihak berkuasa Bolivia pada Isnin.
Batu Puteh: RCI adalah hal dalaman Malaysia - Menteri Luar Singapura
Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (MSJTC), kekal menjadi platform penting untuk kedua-dua negara membincangkan isu berlarutan secara konstruktif.
Jasad Jimmy Carter tiba di Washington
Jasad bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa.
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
Isu dakwaan buli RMC sedang ditangani pihak berkuasa - OPA
Setiausaha Persatuan Bekas Putera (OPA), Khairul Ridzwan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah terlibat secara aktif dengan Komandan Maktab Tentera Diraja (Komandan MTD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak berkepentingan bagi memahami sepenuhnya situasi tersebut.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
Malaysia umum insentif cukai untuk JS-SEZ
Pelabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menikmati pelbagai insentif, termasuk kadar cukai korporat khas 5%, bermula 1 Januari 2025.
Insentif ini ditawarkan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan tertentu, seperti rantaian bekalan kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum, peranti perubatan, pembuatan aeroangkasa, dan hab perkhidmatan global.
Insentif ini ditawarkan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan tertentu, seperti rantaian bekalan kecerdasan buatan, pengkomputeran kuantum, peranti perubatan, pembuatan aeroangkasa, dan hab perkhidmatan global.
Kebenaran kempen di RTM buka ruang lebih luas promosi calon PRN Melaka - Wanita PN
Kebenaran menyiarkan poster dan biodata calon PRN Melaka menerusi RTM akan memberi ruang lebih luas kepada calon bertanding mempromosi diri mereka kepada pengundi.