C4 bakar buku manifesto PH protes kemelut politik negara

Aza Jemima Ahmad
Februari 25, 2020 09:59 MYT
Ahli C4 membakar buku manifesto PH. Twitter Arul Prakkash
Kesal dan terkejut dengan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin yang bertindak keluar parti, pertubuhan bukan kerajaan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) bertindak meluahkan rasa tidak puas hati pada Isnin.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dilihat bersama beberapa ahli C4 membakar Buku Harapan yang mengandungi janji manifesto Pakatan Harapan (PH).
Tindakan tersebut diambil katanya sebagai tanda protes terhadap pengumuman Dr Mahathir yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Burning of Buku Harapan by C4 https://t.co/37tP7TsApd

— prakkash (@arulprk) February 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang sebelum itu telah dipecat dari parti.
Menurut Cynthia, orang ramai keliru dan tertanya-tanya apa yang bakal berlaku terhadap masa depan pentadbiran negara susulan perkembangan politik negara itu.
#C4 #Cynthia Gabriel #Mahathir Mohamad #Manifesto #media sosial #NGO #Pakatan Harapan #politik
;