KUALA SELANGOR: "Buktikan dengan jelas jika ada dakwaan bahawa terdapat calon tertentu menerima wahyu Presiden sepanjang kempen menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat, PKR kali ini."
Gesaan dibuat salah seorang daripada 17 calon Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai reaksi kepada kenyataan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini.
Sambil sifatkan dakwaan itu tidak seharusnya timbul menjelang pemilihan kali ini, Menteri Besar Selangor itu berkata, jika tidak dibuktikan dengan jelas, ia cuma pandangan semata-mata.
Malah, katanya, beliau sendiri mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pandangan ini tidak semestinya kita ikut bulat-bulat atau pun kita terima, kalau kita terima pun saya rasa tidak salah. Yang salahnya ialah, mengatakan saya calon Presiden, saya bukan calon Presiden kerana ini bukan masanya, sebaliknya apa yang ingin kita bawa adalah untuk parti," katanya ketika ditemui di Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan MB Selangor bersama Pusat Pembangunan Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kuala Selangor, malam tadi.
Ditanya jika kempen menggunakan pendekatan wahyu Presiden itu berkesan atau sebaliknya, Amirudin berkata, ia tidak semestinya berkesan untuk menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.
"Sebelum ini pun ada pihak yang menggunakan cadangan ini seperti pemilihan pada tahun 2013 dan 2018," kata beliau.
Pada Selasa, Rafizi, yang juga calon Timbalan Presiden PKR, mengingatkan semua pihak yang bertanding dalam pemilihan parti itu pada Mei ini agar jangan berkempen menggunakan alasan wahyu Presiden parti.
Beliau mendakwa terdapat calon tertentu yang menyatakan mereka merupakan calon pilihan Anwar dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu petanda tidak setia kepada institusi Presiden.
Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menawarkan diri untuk merebut jawatan Naib Presiden bagi penggal 2022/2025 bersama-sama 16 lagi calon termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, penyandang Chang Lih Kang, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Jawatan Naib Presiden PKR memperuntukkan empat tempat.
Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Rafizi dicabar Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Buat julung kalinya, pemilihan PKR kali ini diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Feb lepas.
Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.
Astro Awani
Thu Apr 14 2022
Aminudin berkata, sebarang dakwaan bahawa terdapat calon tertentu dalam pemilihan PKR kali ini menggunakan wahyu Presiden untuk berkempen perlu dibuktikan dengan jelas. - Astro AWANI
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.
Rafizi akan jumpa Anwar, mulakan persediaan PRU15 sebagai Timbalan Presiden PKR
Rafizi Ramli akan mengatur perjumpaan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Realiti kehendak pengundi sudah berbeza, tidak lagi berkisar PH lebih bersih daripada BN, PN
Sekiranya PKR ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, parti perlu sentiasa yakin dengan kebijaksanaan rakyat.