Bukan anak Sarawak perlukan permit kerja untuk berkempen pada pilihan raya negeri

Bernama
Oktober 18, 2020 19:40 MYT
Uggah Embas turut menasihati agar sebarang kempen dijalankan dengan tenang tanpa ada unsur agresif pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 akan datang. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Bukan rakyat Sarawak yang datang ke negeri itu untuk berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang perlu mendapatkan permit kerja, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.
Katanya peraturan itu sememangnya sudah ada dan akan dikuatkuasakan.
"Mereka datang ke sini untuk bekerja, justeru perlu ada permit kerja bagi mereka dari Sabah atau Semenanjung Malaysia (yang datang untuk menjalankan kerja-kerja kempen)," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan susulan lawatan beliau ke kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban yang diwakilinya.
Uggah berkata kehadiran "orang luar" untuk berkempen di negeri itu tidak dapat dielakkan, sementelah tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri semakin hampir.
-- BERNAMA
#Sarawak Memilih #Masuk Sarawak perlu permit #Kempen di Sarawak perlu permit #PRN Sarawak #Douglas Uggah Embas #permit masuk Sarawak
;