Bubar DUN Sabah: Kronologi kes cabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah oleh Musa Aman

Astro Awani
Ogos 16, 2020 19:00 MYT
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard Chin menetapkan tarikh 17 Ogos 2020 bagi mendengar hujah berhubung tindakan gabungan Tan Sri Musa mencabar pembubaran DUN Sabah.
ESOK, 17 Ogos 2020 dilihat satu tarikh penting dalam diari politik Sabah.
Ia susulan penetapan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mendengar hujah berhubung tindakan gabungan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Bukan itu sahaja, tarikh hari ini juga merupakan mesyuarat khas diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya di Negeri di Bawah Bayu ini bagi menentukan tarikh penting pilihan raya negeri (PRN).
Berikut merupakan kronologi kes tersebut:
29 Julai 2020 - Tan Sri Musa Aman mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baharu.
30 Julai 2020 - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mendapat perkenan Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
30 Julai 2020 - SPR terima writ pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.
30 Julai 2020 - Tan Sri Musa Aman menyifatkan tindakan pembubaran DUN Sabah hingga memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakah membahayakan keselamatan rakyat Sabah ekoran penularan pandemik COVID-19.
BACA: LAPOR LANGSUNG Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
BACA: Warta Kerajaan Negeri Sabah pembubaran DUN
30 Julai 2020 - Rombongan Tan Sri Musa Aman tidak dibenarkan masuk ke Istana Negeri.
6 Ogos 2020 - Istana Sabah memaklumkan tidak pernah terima permohonan Musa Aman untuk bertemu Yang Dipertua Negeri.
6 Ogos 2020 - Tan Sri Musa Aman, bersama gabungan seramai 32 ADUN membawa kes pembubaran DUN Sabah oleh Tuan Yang Terutama (TYT) ke mahkamah.
7 Ogos 2020 - Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Leonard Chin menetapkan tarikh 17 Ogos 2020 bagi mendengar hujah berhubung tindakan gabungan Tan Sri Musa mencabar pembubaran DUN Sabah.
7 Ogos 2020 - Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan Mesyuarat Khas pada 17 Ogos 2020.
#bubar DUN Sabah #cabar keputusan pembubaran #Datuk Seri Mohd Shafie Apdal #DUN Sabah #PRN Sabah #Tan Sri Musa Aman
;