Kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli parlimen akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pandikar Amin memberitahu, kekosongan kerusi Permatang Pauh akan diumumkan selepas tempoh 14 hari itu berakhir iaitu pada 24 Februari.
Namun, kata Pandikar Amin, sekiranya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh tersebut maka status kelayakannya akan diketahui selepas keputusan petisyen itu diumumkan.
"Di bawah perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh YB Permatang Pauh disabitkan dan dihukum.
"Sehubungan itu, saya hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen mula berkuat kuasa," katanya.
Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang difaikan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur tujuh tahun lalu.
Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.
Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008.
Astro Awani
Thu Feb 12 2015
PANDIKAR AMIN: Sekiranya Anwar memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh tersebut maka status kelayakannya akan diketahui selepas keputusan petisyen itu diumumkan.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.
AWANI Ringkas: GISB: Polis jejak transaksi, segala aset
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Tak habis fitnah keji aib maruah saya’ - PM Anwar
Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu berkata terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Semua pihak perlu kerjasama atasi masalah keciciran pelajar - PM Anwar
Sektor swasta dan masyarakat sivil perlu bergabung tenaga, memberi sokongan sebaiknya termasuk dalam aspek teknologi maklumat.
Pengendali pelabuhan berdepan saingan sengit, perlu tingkat kapasiti - PM
Syarikat pelabuhan tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya terus berganding bahu untuk bergerak pantas ke hadapan.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.
Malaysia dan Singapura rakan baik, saling bekerjasama erat - PM Anwar
Malaysia dan Singapura adalah rakan yang baik tidak seharusnya terganggu oleh sebarang isu yang timbul antara kedua-dua negara.
PM Anwar ucap tahniah kejayaan penganjuran MAHA 2024 - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu dizahirkan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perincian subsidi RON95, pengenalan semula GST dijangka diumum dalam Belanjawan 2025 - RHB IB
RHB IB menjangka perincian selanjutnya mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95, dan sama ada kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan semula GST akan dimaklumkan dalam Belanjawan 2025.
Pembangkang ketandusan idea, tiada keperluan bubarkan Parlimen - AMK
Pembangkang gagal menawarkan penyelesaian alternatif yang bermanfaat kepada rakyat dan negara.