'Bossku penyakit gila? Mari sini cakap depan-depan' - Najib

Astro Awani
Januari 11, 2020 09:34 MYT
Najib mencabar calon Parti Warisan Sabah (Warisan) di Kimanis, Datuk Karim Bujang untuk berhadapan dengannya susulan kenyataan mengatakan laungan 'bossku' adalah penyakit gila. -Gambar fail
DATUK Seri Najib Tun Razak mencabar calon Parti Warisan Sabah (Warisan) di Kimanis, Datuk Karim Bujang untuk berhadapan dengannya susulan kenyataannya mengatakan laungan "bossku" adalah penyakit gila.
Kata bekas perdana menteri itu, beliau sudah sampai di Sabah untuk 'mencari' calon yang mewakili Pakatan Harapan dan Warisan itu.
"Mana dia calon PH Warisan? Dia ke yang cakap teriak 'bossku' adalah penyakit gila?
"Mari sini cakap depan-depan. Saya dah sampai Sabah," katanya dalam status terbaharu di akaun Facebooknya pada Sabtu.
Sebelum ini, semasa berucap pada Program Bengkel Kemahiran Menjahit sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Bongawan, Karim hairan dengan sambutan luar biasa terhadap kehadiran Najib di Membakut, 4 Januari lalu.
Katanya, mereka yang melaungkan nama Najib Razak dengan panggilan "Bossku" sebagai salah satu daripada penyakit gila.
#bossku #calon #Najib Razak #Pakatan Harapan #pilihan raya #pilihan raya kecil #PRK Kimanis
;