BN umum kemenangan tidak rasmi di Teluk Intan
Teoh El Sen
Mei 31, 2014 20:45 MYT
Mei 31, 2014 20:45 MYT
Keputusan tidak rasmi pengiraan undi oleh petugas Barisan Nasional menunjukkan yang calonnya Datuk Mah Siew Keong telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti yang tipis.
"Secara tidak rasmi kami telah menang dengan lebih 100 undian," umum Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho di hadapan penyokongnya.
Mah yang juga Presiden Gerakan tiba sekitar pukul 8 malam disambut sorakan penyokongnya "BN menang!".
Perkiraan terakhir tidak rasmi yang diterima di bilik gerakan BN adalah 19,759 undi kepada Mah, manakala Dyana Sofya mendapat 19,232 undi.