BN tak pernah benarkan mana-mana pihak guna nama, lambang dacing

Astro Awani
September 19, 2024 22:08 MYT
Zambry Abdul Kadir menegaskan, gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba mengaitkan BN dengan parti berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan itu atau lambang daging tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menegaskan, gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba mengaitkan BN dengan parti berkenaan.
"Merujuk kepada laporan berita daripada Utusan Borneo Online bertarikh 17 September 2024 dengan tajuk 'TERAS mahu jadi parti politik terbesar di Sarawak' yang cuba mengaitkan Barisan Nasional dengan perkara ini, adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Utusan Borneo Online pada 17 September lalu melaporkan Pengerusi TERAS, Affendi Jeman sebagai berkata "TERAS sebagaimana parti lain di Malaysia dan Sarawak secara amnya merupakan salah satu parti politik yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat yang mana Barisan Nasional (BN) menjadi asas perjuangan TERAS."
#Barisan Nasional #Zambry Abdul Kadir #Sarawak #Teras
;