BN Pulau Pinang sedia tanding PRN jika DUN dibubarkan

Dewi Nur Harasha Alias
Julai 23, 2016 11:04 MYT
Teng Chang Yeow (gambar) berkata, BN mempunyai strategi tersendiri dalam menghadapi pilihan raya mengejut. - Gambar fail
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sedia untuk bertanding dalam pilihan raya negeri awal sekiranya DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.
Malah, pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, BN mempunyai strategi tersendiri dalam menghadapi pilihan raya mengejut.
Beliau berkata, senarai calon akan dicadangkan komponen BN sebelum diputuskan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak
“Kita bincangkan mengenai kemungkinan DUN Pulau Pihang di bubarkan dan kita bincangkan kesedian parti kompnen, sekiranya berlaku pilihan raya di peringkat negeri.
“Jadi, kita melihat kesedian tiap-tiap parti bagi keperluan melihat strategi menangani pilihan raya negeri kali ini,” katanya kepada pemberita.
Chang Yeow berkata demikian pada sidang media lewat Jumaat selepas mempengerusikan mesyuarat khas BN negeri ‎bagi membincangkan usul DAP untuk mengadakan PRN awal.
Pada Khamis, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memaklumkan, DAP dan komponen Pakatan Harapan memerlukan lebih masa bagi membincangkan cadangan mengadakan pilihan raya awal di negeri itu.
#Barisan Nasional #BN #pilihan raya negeri #PRN #teng chang yeow
;