BN pertahan DUN Chini
Astro Awani
Julai 4, 2020 21:03 MYT
Julai 4, 2020 21:03 MYT
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain memperoleh kemenangan dengan majoriti 12,650 undi.
Beliau menewaskan dua calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli dalam pertandingan tiga penjuru Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Chini, Datuk Zaliza Zulkipli di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan sebentar tadi.
Mohd Sharim mendapat 13,872 undi, menewaskan Tengku Zainul yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri yang memperolehi 137 undi.
PRK DUN Chini adalah PRK ke-11 diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
#Barisan Nasional
#BN
#calon Bebas
#Chini Memilih
#DUN Chini
#Mohd Sharim Md Zain
#Mohd Shukri Mohd Ramli
#pilihan raya kecil
#PRK Chini
#Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin