BN, Pas sokong Muhyiddin sebagai PM-8

Astro Awani
Februari 28, 2020 18:31 MYT
Pertambahan tiga lagi ahli Parlimen itu menjadikan keseluruhan dari BN yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 adalah 42 orang. - Foto Fail
Kesemua 57 ahli Parlimen UMNO dan Pas di bawah Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-8.
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Ini bermakna seramai 57 Ahli Parlimen UMNO dan Pas memberi sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” memetik kenyataan itu.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) dalam satu kenyataan media turut mengesahkan bahawa empat ahli Parlimen terdiri dua dari MCA, satu dari MIC dan satu dari PBRS turut menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.
Pertambahan tiga lagi ahli Parlimen itu menjadikan keseluruhan dari BN yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-8 adalah 43 orang.
Ini menjadikan keseluruhan 61 anggota Parlimen dari UMNO, MCA, MIC, PBRS dan PAS menyokong Muhyiddin.
#Annuar Musa #Barisan Nasional #Malaysia 2020 #MCA #MIC #Muhyiddin Yassin #PAS #Perdana Menteri #PM8 #Takiyuddin Hassan #Tan Sri Annuar Musa #UMNO
;