BN Kedah tampil lima calon wanita pada PRU14

Hilal Azmi
April 24, 2018 15:17 MYT
Ahmad Bashah Md Hanipah (lima, kiri) bergambar bersama sebahagian calon-calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 pada majlis pengumuman calon di Dewan Seri Mentaloon hari ini. - Foto Bernama
Barisan Nasional (BN) Kedah menampilkan lima calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin senarai calon yang diumumkan mampu menggalas tanggungjawab sekali gus membawa kemenangan besar kepada BN.
“Kesemua calon merupakan mereka yang ‘mampu menang’ dan sentiasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Hasil penelitian pusat, mereka ini juga berupaya membawa aspirasi rakyat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon BN Kedah di Dewan Seri Mentaloon pada Selasa.
Datuk Shahanim Yusof menjadi wakil tunggal wanita BN yang akan bertanding di Parlimen Sungai Petani manakala empat lagi calon wanita akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di N08 Pedu (Kama Noriah Ibrahim), N19 Sungai Tiang (Suraya Yaacob), N20 Sungai Limau (Norma Awang) dan N36 Bandar Baharu (Datuk Norsabrina Mohd Noor).
Selain itu 16 muka baharu turut dinamakan sebagai calon BN melibatkan dua kerusi Parlimen iaitu Datuk Said Ali Said Rastan yang bertanding kerusi Pokok Sena, dan Datuk Yoo Wei Hoo (Alor Setar).
Bagi kerusi DUN, antara calon baharu ialah Ketua Pemuda UMNO Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah (Kota Siputeh), Ketua Wanita UMNO Jerai, Datuk Norma Awang (Sungai Limau) dan Naib Ketua UMNO Merbok, Anuar Ahmad (Tanjung Dawai).
Calon baharu lain antaranya bekas Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kedah, Ahmad Fatahi Omar (Tokai); Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib dan Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohamed Noor Mohamed Amin.
Tiga penyandang yang digugurkan ialah Dr. Ismail Daut bagi kerusi Parlimen Merbok dan dua lagi ialah Datuk Ahmad Lebai Sudin (DUN Bukit Lada) dan Datuk Azmi Che Hussein (DUN Bayu).
Berikut ialah Senarai Penuh Calon Barisan Nasional Kedah;
Calon Parlimen
P004 Langkawi = Nawawi Ahmad
P005 Jerlun = Othman Aziz
P006 Kubang Pasu = Mohd Johari Baharum
P007 Padang Terap = Mahdzir Khalid
P008 Pokok Sena = Said Ali Said Rastan
P009 Alor Setar = Yoo Wei How
P010 Kuala Kedah = Abdullah Hasnan Kamaruddin
P011 Pendang = Othman Abdul
P012 Jerai = Jamil Khir Baharom
P013 Sik = Mansor Abd Rahman
P014 Merbok = Tajul Urus Mat Zain
P015 Sungai Petani = Shahanim Mohamad Yusoff
P016 Baling = Abdul Azeez Abdul Rahim
P017 Padang Serai = Leong Yong Kong
P018 Kulim / Bandar Baharu = Abd Aziz Sheikh Fadzir
Calon Dewan Undangan Negeri
N01 Ayer Hangat = Mohd Rawi Abd Hamid
N02 Kuah = Nor Saidi Nanyan
N03 Kota Siputeh = Ahmad Azhar Abdullah
N04 Ayer Hitam = Abu Hasan Sarif
N05 Bukit Kayu Hitam = Ahmad Zaini Japar
N06 Jitra = Aminuddin Omar
N07 Kuala Nerang = Badrol Hisham Hashim
N08 Pedu = Kama Noriah Ibrahim
N09 Bukit Lada = Ariffin Man
N10 Bukit Pinang = Mohamad Nawar Ariffin
N11 Derga = Cheah Soon Hai
N12 Suka Menanti = Ahmad Bashah Md Hanipah
N13 Kota Darul Aman = Tan Eng Hwa
N14 Alor Mengkudu = Abdul Malik Saad
N15 Anak Bukit = Johari Aziz
N16 Kubang Rotan = Abdul Muthalib Harun
N17 Pengkalan Kundor = Abdul Halim Said
N18 Tokai = Ahmad Fatahi Omar
N19 Sungai Tiang = Suraya Yaacob
N20 Sungai Limau = Norma Awang
N21 Guar Chempedak = Ku Abd Rahman Ku Ismail
N22 Gurun = Boey Chin Gan
N23 Belantek = Mohd Tajudin Abdullah
N24 Jeneri = Mahadzir Abdul Hamid
N25 Bukt Selambau = Jaspal Singh Gurbakesh Singh
N26 Tanjung Dawai = Annuar Ahmad
N27 Pantai Merdeka = Ali Yahaya
N28 Bakar Arang = Ku Hung Weng
N29 Sidam = Tan Kok Seong
N30 Bayu = Mohamed Noor Mohamed Amin
N31 Kupang = Harun Abdul Aziz
N32 Kuala Ketil = Mohd Khairul Azhar Abdullah
N33 Merbau Pulas = Asmadi Abu Talib
N34 Lunas = Thuraisingam KS Muthu
N35 Kulim = Chua Thionh Gee
N36 Bandar Baharu = Norsabrina Mohd Noor
#Barisan Nasional #BN #calon #Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah #isu semasa #Kedah #Malaysia Memilih #mampu mennag #Pengerusi Bn Kedah #pilihan raya umum #PRU14
;