BN bermesyuarat malam ini

Astro Awani
November 23, 2020 11:32 MYT
Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada jam 8 malam ini.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dilaporkan akan mengadakan mesyuarat pada jam 8 malam ini, di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Memetik laporan Malaysiakini, perkara itu turut disahkan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan sebarang butir mengenai mesyuarat terbabit.
Difahamkan juga mesyuarat itu akan disertai oleh Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemmuda termasuk ahli Dewan Tertinggi gabungan tersebut.
#BN #Barisan Nasional #mesyuarat #WTC #UMNO #MCA #MIC