BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Rahimah Abdullah
Disember 2, 2018 18:38 MYT
Disember 2, 2018 18:38 MYT
Barisan Nasional (BN) setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi dari MCA untuk keluar parti.
Justeru, Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkannya sebagai hanya khabar angin.
"Kita menghormati keputusan dibuat parti-parti teras. Apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya oleh BN," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama 32 senator BN di Ibu Pejabat BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Isu memutuskan sama ada untuk kekal atau memilih keluar daripada BN adalah antara agenda yang dibincangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA hari ini.
Sebelum ini, bekas presiden MCA, Chua Soi Lek berkata, parti itu sepatutnya keluar dari BN pada 10 Mei lalu, sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14.