Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini
Fareez Azman
Januari 12, 2021 13:52 MYT
Januari 12, 2021 13:52 MYT
KUALA LUMPUR: Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato' Onn, World Trade Centre di ibu negara pada jam 3 petang ini.
Menurut sumber kepada Astro AWANI pada Selasa, mesyuarat itu dipercayai akan membincangkan situasi semasa berhubung Proklamasi Darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
Sebelum ini, UMNO dijangka mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
UMNO dijangka akan membawakan usul agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan dalam tempoh suku pertama 2021.
Usul memutuskan hubungan kerjasama politik diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga antara perkara utama yang turut dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO berkenaan.
Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa berhubung mesyuarat petang ini.
#PPBM
#UMNO
#Astro Awani
#PRU
#perhimpunan
#pilihan raya umum
#usul
#mesyuarat
#Biro Politik UMNO
#tergempar
#darurat