Bersatu tidak bersendirian di dalam Pakatan Harapan - Zuraida
Abdul Hadi Che Awang
November 10, 2019 18:25 MYT
November 10, 2019 18:25 MYT
Dakwaan yang menyifatkan parti Bersatu bersendirian di dalam kompenen Pakatan Harapan terutama menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai, tidak benar sama sekali.
Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin membidas kenyataan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan, tiada seorang pun pimpinan parti PKR yang hadir pada hari penamaan calon.
Jelas Zuraida kenyataan itu tidak tepat, malah beliau sendiri berada di Tanjung Piai ketika kenyataan itu dikeluarkan.
“Saya ada di situ, hari ini tak pergi lah, sebab saya ada sini (Langkawi).
“Saya rasa (Mohamed Khaled) mungkin ingat dalam pengamatan beliau, beliau tidak dapat menyentuh (memerhati) seluruh kawasan di Tanjung Piai, jadi tidak dapat bertemu (pimpinan PKR) agaknya, tapi semua parti kompenen (PH) alhamdulillah jalankan tugas untuk pastikan kemenangan di Tanjung Piai.
“Bersatu tak bersendirian, memang tak bersendirian,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti di Air Tahun 2019, di Dataran Chenang, Langkawi, pada Ahad.
Katanya, ketika ini kesemua parti kompenen Pakatan Harapan termasuk Amanah dan DAP sedang melakukan yang terbaik dalam memastikan kemenangan di PRK terbabit berpihak kepada Pakatan Harapan.
#Bersatu
#Khaled Nordin
#Langkawi
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pilihan raya kecil
#PRK Tanjung Piai
#Tanjung Piai
#Tanjung Piai Memilih
#Zuraida Kamaruddin