Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan

Bernama
Mei 13, 2023 20:38 MYT
Hamzah berkata persetujuan itu dicapai selepas mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Muhyiddin semalam. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju agar pemilihan bahagian dan MPT kecuali cawangan ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan mengikut fasal 14.15 Perlembagaan parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan hari ini berkata persetujuan itu dicapai selepas mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
"Bersatu telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dengan seluruh kekuatan jentera parti diperkemaskan membabitkan kesemua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh," katanya.
-- BERNAMA
#Hamzah Zainudin #pilihan raya #MPT #Bersatu
;