Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia meminda perlembagaan untuk membolehkan ahli bersekutu, yang terdiri daripada bukan Bumiputera, mempunyai peranan yang lebih meluas, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi cadangan itu, beliau berkata, bukan Bumiputera kelak bukan sahaja boleh menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi turut bersama-sama memberi idea untuk memajukan parti.
Bagi merealisasikan aspirasi itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Dr Rais Yatim telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu, dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
“Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi saya telah bawa usul bagi memboleh kan ahli bersekutu sama sama menyumbang… bukan setakat sebagai ahli biasa, tapi berperanan untuk memberi idea dan pandangan dan terlibat dalam kepimpinan.
"Cadangan untuk membentuk satu lembaran baharu dalam bersatu. We will propose the formation of a new chapter yang akan membolehkan ahli bersekutu menyertai bersama-sama, memegang jawatan dalam parti, dan menyumbang idea untuk majukan parti,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan Kongres Negara 2020 bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Bertemakan Bersatu Untuk Malaysia, kongres itu dianjukan badan bukan kerajaan seperti Penggerak Komuniti Negara, Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara.
Berucap lanjut, Muhyiddin berkata, cadangan daripada jawatankuasa itu akan diperhalusi, dan dibawa ke Mesyuarat Agung Tergempar Bersatu untuk diluluskan pindaan berkaitan perlembagaan parti.
Firdaus Azil
Sat Aug 22 2020
Muhyiddin yang juga perdana menteri berkata sekiranya cadangan itu diterima maka Bersatu akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi meminda perlembagaan parti. - BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Muhyiddin wajar mohon maaf, pulih keraguan dicetuskan terhadap Agong - Pemuda UMNO
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi
Tumpuan Selasa – 20 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.
SUKMA 2024: Kelantan lakar sejarah rangkul pingat emas kriket lelaki
Kelantan di bawah bimbingan Ahmad Zahid Adnan tetap unggul ketika mengesahkan kejayaan manis berkenaan selepas mengetepikan cabaran Sarawak dengan kelebihan 25 larian.
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
10 Berita Pilihan - (19 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bersatu kaji cadangan perkasakan ahli bukan Bumiputera
MPT Bersatu akan kaji cadangan tubuhkan Badan Ahli Bersekutu bagi memperkasakan ahli bukan Bumiputera dalam parti.