Bersatu perlu kaji kerjasama politik dengan DAP - Mohd Rafiq
Kenyataan Media
Oktober 23, 2019 17:13 MYT
Oktober 23, 2019 17:13 MYT
Berikut adalah kenyataan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia, Mohd Rafiq Naizamohideen berhubung kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bahawa gabungan Pakatan Harapan (PH) akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa parti Bersatu:
1.) Kenyataan Ronnie Liu bahawa Kerajaan Pakatan Harapan boleh kekal kukuh tanpa BERSATU jelas bertujuan merendah-rendahkan, menghina dan berniat jahat menyingkirkan BERSATU dari Pakatan Harapan.
2.) Ronnie Liu bukanlah satu-satunya pemimpin penting DAP yang menyerang BERSATU & kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi BERSATU sebagai Perdana Menteri Malaysia.
3.) Ramai lagi pemimpin Utama DAP membuat serangan terbuka terhadap BERSATU, kepimpinan Tun Dr Mahathir termasuk mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan Orang Melayu dan Umat Islam.
4.) Menteri dari Parti DAP, YB M. Kulasegaran sebelum ini menuduh orang Melayu sebagai pendatang.
5.) EXCO Kerajaan Selangor Parti DAP, YB Ganabatirau mendakwa serangan kuil Sri Mariaman dirancang dan dilakukan oleh orang Melayu Islam.
6.) Ahli Parlimen Kluang dari DAP YB Wong Shu Qi menghina orang Melayu dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan pornografi dan lucah.
7.) YB Kerk Chee Yee ADUN Ayer Keroh dari DAP & YB Tey Kok Kiew Pengerusi DAP Melaka mempertikai urusan Ibadah Orang Islam di Program Malam Islam Bersatu Bersama Dr Zakir Naik di Masjid Cina Melaka.
8.) YB Ram Karpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP menyerang Kongres Maruah Melayu dengan mempertikaikan kewujudan kontrak sosial.
9.) YB Charles Santiago Ahli Parlimen Klang dari DAP merendahkan kedudukan BERSATU sebagai parti minoriti dalam Pakatan Harapan dan mempertikaikan kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri secara terbuka.
10.) YB Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri & YB P Ramasamy Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dari DAP yang mempertikaikan secara terbuka pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu LTTE yang mana Perdana Menteri & Menteri Dalam Negeri mempertahankan tindakan yang dibuat pihak Polis.
11.) YB Nga Kor Ming menghina Tun Dr Mahathir dalam ucapan kempen PRU 14 secara keterlaluan.
12.) Banyak lagi yang boleh disenaraikan kenyataan terbuka pemimpin penting DAP yang mempertikaikan & menyerang kepimpinan Tun Dr Mahathir, BERSATU secara terbuka dan kenyataan mengguris perasaan orang Melayu dan Islam.
13.) Mengapakah Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng & pimpinan Utama DAP yang lain mendiamkan diri & berpeluk tubuh ke atas segala kenyataan biadap di atas ?
14.) Apakah tindakan DAP kepada semua pemimpin-pemimpin DAP yang terlibat?
15.) Tindakan mendiamkan diri ini seolah-oleh merestui tindakan melampaui batas yang dilakukan oleh pimpinan DAP secara terus menerus tanpa henti.
16.) Secara peribadi, saya berpendapat BERSATU perlu mengkaji semula kerjasama politik dengan DAP sekiranya pimpinan DAP berterusan masih menyerang BERSATU, kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri secara terbuka dan mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan orang Melayu & Umat Islam tanpa sebarang tindakan tegas diambil oleh DAP kepada pimpinan DAP yang terlibat.
17.) Semua perbuatan sia-sia pimpinan DAP ini akan meretakkan hubungan antara komponen Pakatan Harapan yang akhirnya boleh menyebabkan kehancuran Pakatan Harapan sebelum PRU 15.
MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Malaysia
#DAP
#Karpal Singh
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Nga Kor Ming
#Pakatan Harapan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Ronnie Liu
#Zakir Naik