Bersatu lantik Setiausaha Agung, Ketua Penerangan baharu
Madiha Abdullah
September 27, 2018 20:52 MYT
September 27, 2018 20:52 MYT
Datuk Marzuki Yahya telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu menggantikan Datuk Shahruddin Md Salleh.
Pelantikan itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Turut diumumkan pelantikan ialah Dr Radzi Jidin sebagai Ketua Penerangan baharu parti itu, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohd Nor.
“Pelantikan ini berkuat kuasa serta merta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, pada Khamis.
Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan penubuhan jabatan pendaftaran keahlian yang akan diketuai Dr Rais Hussin.
Ia bertujuan menguruskan dan melancarkan pendaftaran ahli parti yang semakin bertambah.
“Jabatan ini akan berfungsi sepenuh masa memandangkan semakin ramai yang berminat untuk menyertai Bersatu.
“Kita juga menerima banyak permohonan secara manual, jadi penubuhan jabatan ini akan membantu melancarkan proses pendaftaran,” katanya lagi.
#Bersatu
#keahlian
#Marzuki Yahya
#Muhyiddin Yassin
#pendaftaran
#Radzi Jidin
#Setiausaha Agung
#Shahruddin Md Salleh