Bersatu cipta sejarah dilancarkan di Sarawak hari ini

Diyana Ibrahim
Disember 1, 2018 10:31 MYT
Para petugas di Dewan Suarah Bintulu giat menjalankan persiapan menjelang acara perasmian. - Astro AWANI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak akan dilancarkan hari ini secara rasmi oleh Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Bersatu itu jangka tiba di Lapangan Terbang Bintulu dari Kuala Lumpur sekitar jam 1 atau 4 petang.
Perasmian bertempat di Dewan Suarah Bintulu dah Dr Mahathir dijangka akan berucap pada sebelah malam.
Bagaimanapun, sebelum itu, beliau dijangka menghadiri mesyuarat tertutup bersama wakil pendaftar negeri Sarawak.
Selain itu, antara Menteri dan Timbalan yang hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Pelancaran Bersatu Sarawak dianggap sebagai satu lagi detik bersejarah dan membuka lembaran baru dalam landskap politik Malaysia.
Parti semenanjung terutamanya yang berasaskan kaum seperti UMNO sebelum ini sukar mendapat tempat di Sarawak.
Beberapa penganalisis politik berpendapat, Bersatu mempunyai peluang namun berdepan laluan sukar.
Selepas kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu, ia dibubarkan di Sarawak yang digantikan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
BACA: Bersatu ada peluang di Sarawak, tapi sukar kerana...
#Bersatu #bersatu sarawak #Mahathir Mohamad #Malaysia #parti politik #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #rakyat Sarawak #Sarawak
;