Bersatu akan dilancarkan di Sabah 6 April
Radhi Muslim
Mac 10, 2019 19:27 MYT
Mac 10, 2019 19:27 MYT
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Sabah pada 6 April depan.
Perkara itu disahkan Pengerusi Penaja Bersatu Zon Lima Sabah, Datuk Asmawi Asa, selaku Ketua Pendaftar Parlimen Libaran.
"Ia akan dilancarkan pada 6 April nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sandakan, pada Ahad.
Mengulas lanjut berhubung siapa bakal Pengerusi Penaja Bersatu Sabah, katanya, beliau tidak kisah siapa yang akan dilantik.
"Sesiapapun mereka pilih sebagai pengerusi negeri Sabah, saya alu-alukan.
"Yang penting kita di peringkat bahagian dan zon boleh bekerjasama," katanya lagi.
#Bersatu di Sabah
#Bersatu dilancar di Sabah
#Bersatu masuk Sabah
#Datuk Asmawi Asa
#Dr Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perdana Menteri
#Zon Lima Sabah