Berita palsu! Himpunan bantahan PH di Petaling Jaya adalah tidak benar

Zaim Ibrahim
Mei 9, 2018 18:45 MYT
Penularan berita mengenai rancangan mengadakan himpunan bantahan oleh calon PH di Petaling Jaya disahkan palsu. - Facebook PPBM
Berita yang tular berkaitan cadangan mengadakan himpunan bantahan oleh calon-calon Pakatan Harapan (PH) disahkan palsu.
Memetik kenyataan rasmi daripada laman rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp tersebut adalah palsu.
Sebelum ini, terdapat mesej yang disebarkan mengatakan calon-calon PH akan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kononnya memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Wartawan Astro AWANI, Luqman Hariz, yang kini berada di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya turut memberitahu berita itu adalah palsu selepas beliau sendiri bertanyakan hal tersebut kepada wakil parti itu.
#Barisan Nasional #berita palsu #demokrasi #himpunan bantahan #Pakatan Harapan #PAS #PRU14
;