PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Malaysia memberikan tempoh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya, beberapa tahun dalam membuktikan pembentukan tatakelola pentadbiran yang baik selain menghapuskan amalan 'sakau-menyakau'.
Menurut beliau, perkara itu mampu memberi manfaat serta pulangan yang besar kepada rakyat jelata dalam menikmati pelbagai hasil dan faedahnya terutama melibatkan golongan penjawat awam.
Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, kejayaan itu juga selain usaha yang bersungguh-sungguh melibatkan semua pihak mampu membawa Malaysia untuk bersemarak semula sebagai suara raksasa di rantau ini.
"(Apabila) stabil politik kita, (semua) kerja sebagai satu pasukan, (dan kemudian) hadapi Pilihan Raya Negeri dengan cukup yakin.
"Bagi tempoh untuk kita beberapa tahun ini, untuk membuktikan (pentadbiran mengamalkan) tatakelola yang baik, (kita dapat) hentikan amalan sakau-menyakau, dan dengan hasil kita yang lebih baik, (ia membolehkan kita) memberi keadilan untuk (pihak-pihak yang) bekorban mengawal dan meningkatkan ekonomi negara, dan orang itu adalah kita mulakan dengan penjawat awam," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan usaha dalam memerangi rasuah bukan hanya tertumpu kepada individu sahaja malah melibatkan sistem pentadbiran itu sendiri.
"Kleptokrat (ini) bukan seorang sahaja, tetapi (melibatkan) sistem (itu sendiri), di peringkat Persekutuan), ia memang tidak mudah, (amalan) rasuah menjalar di semua peringkat, saya buka fail, dalam setahun dua (ini), penuh (dengan) kecurangan dan nafsu serakah pemimpin.
"Saya tidak peduli sama ada dia orang Cina atau orang Melayu atau daripada parti yang mana, saya beritahu SPRM supaya bertindak secara profesional dengan data dan fakta yang betul dan benar.
"Sekiranya ada kes, Peguam Negara (boleh) megambil tindakan pendakwaan supaya (ia) menjadi menjadi pengajaran (kepada semua pihak)," katanya lagi.
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 14 2023
Anwar menyatakan usaha dalam memerangi rasuah bukan hanya tertumpu kepada individu sahaja malah melibatkan sistem pentadbiran itu sendiri. - Foto BERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.