Beri perhatian kepada peruntukan pembangunan Sabah - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Ogos 21, 2021 10:01 MYT
Hajiji berkata, hubungan erat antara kedua-dua kerajaan penting bagi memacu Malaysia serta Sabah mendepani pandemik COVID-19 sekali gus memulihkan ekonomi.
TUARAN: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 diharap dapat meneruskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata hubungan erat antara kedua-dua kerajaan penting bagi memacu Malaysia serta Sabah mendepani pandemik COVID-19 sekali gus memulihkan ekonomi.
"Kita berharap hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan akan bertambah erat lagi.
"Ini penting bagi kita ialah untuk berkhidmat kepada rakyat dan juga untuk memberi pembangunan kepada rakyat tentunya dalam usaha untuk memulihkan ekonomi kita yang terjejas akibat COVID-19," katanya.
BACA: Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Tuaran.
Sambil menyokong penuh pelantikan penuh Ismail Sabri, Hajiji mahu peruntukan pembangunan di Sabah perlu diberi perhatian.
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman telah melawat ke Hospital Tuaran dan menerima bakul makanan daripada Persatuan Jurutera Malaysia Cawangan Sabah ( ACEM) dan Syarikat Forever Living, untuk diserahkan kepada penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
#pelantikan perdana menteri #ismail sabri yaakob #Hajiji Noor #mendepani COVID-19 #pemulihan ekonomi #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan