Berduyun-duyun nak masuk PH, jadi buat apa pilih BN? - Tun M

Arfa Yunus
Januari 25, 2019 22:15 MYT
Dr Mahathir menyeru pengundi di Felda Sungai Koyan memilih calon PH, M Manogaran pada hari pengundian PRK Cameron Highlands 26 Januari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tiada gunanya lagi memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO memandangkan parti itu sudah berpecah serta tidak dapat diselamatkan lagi, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kunjungannya di sini pada Jumaat, Dr Mahathir menyeru pengundi di Felda Sungai Koyan memilih calon PH, M Manogaran pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari ini.
"BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak sebab itu, kita buang Najib daripada jawatan perdana menteri dan lepas itu beliau kena buang oleh parti sendiri.
"Ramai orang UMNO jumpa saya termasuk (timbalan presiden Datuk Seri) Mohamad Hasan, (presiden UMNO Datuk Seri Dr) Ahmad Hamidi jumpa juga nak kerjasama.
"Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada UMNO kerana mereka tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin UMNO tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka?" soalnya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa hadir berkempen di kawasan yang terdiri daripada majoriti Melayu ini yang juga merupakan kubu kuat BN
#Barisan Nasional #berpecah #BN #Cameron Highlands #Felda Sungai Koyan #Mahathir Mohamad #Najib Razak #Pakatan Harapan #penyangak #PH #pilihan raya kecil #PRK Cameron Highlands #PRU14 #UMNO
;