Benarkah PRU untuk rakyat? - Tun M

Sinar Harian
Oktober 3, 2022 06:45 MYT
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sebenarnya PRU diadakan untuk membolehkan UMNO menjadi Perdana Menteri. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah benar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan demi rakyat.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sebenarnya PRU diadakan untuk membolehkan UMNO menjadi Perdana Menteri.
"PRU untuk rakyat? Benarkah. PRU sebenarnya untuk UMNO jadi Perdana Menteri.
"Jadi Perdana Menteri boleh curi duit, boleh lantik Peguam Negara (AG) dan AG boleh lindung 'penyangak'," katanya dalam kenyataan di laman Facebook pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi PRU15 amat penting bagi masa depan rakyat yang lebih baik.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, segala ketetapan yang dibuat UMNO adalah bertujuan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dengan penilaian dan perancangan yang rapi bagi sesebuah tindakan yang vital seperti PRU15.
Dalam pada itu, Mahathir menambah beliau mahu menasihatkan tentang sesuatu perkara.
"Saya nak nasihatkan sesuatu. Bukan orang yang menerima nasihat yang salah.
"Pemberi nasihat yang salah. Seperti penasihat (adviser) British nasihatnya mesti dipatuhi," ujarnya. - Sinar Harian
#PRU15 #Mahathir Mohamad #UMNO #Gerakan Tanah Air
;