Bekas wartawan politik tanding Ketua Pemuda UMNO Tawau
Bernama
Jun 20, 2018 08:02 MYT
Jun 20, 2018 08:02 MYT
Bekas wartawan politik Utusan Borneo, Shamry Mohd Sani, akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau pada pemilihan parti itu.
Shamry yang juga Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau itu bertekad menguatkan sayap parti UMNO di Tawau sekali gus mahu membuktikan parti tersebut masih relevan.
"Kita tahu UMNO mengalami kejutan apabila banyak kerusi yang terlepas ke parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-4 (PRU14), jadi kita perlu bangkit dengan semangat baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Berpengalaman sebagai Pengerusi Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan merupakan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO, beliau mahu memanfaatkan pengalamannya dalam badan bukan kerajaan belia itu jika dipilih mengetuai sayap tersebut.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau Ariffin Kassim keluar dari parti itu selepas PRU14 dan menyertai Parti Warisan Sabah.
-- BERNAMA
#Malaysia Baharu
#Pemuda UMNO
#Pengerusi Persatuan Bela Belia Tawau
#pilihan raya
#politik
#PRU14
#Shamry M Sani
#Tawau