Bekas Pengerusi SPR dinamakan antara pemimpin PPBM

Hafiz Marzukhi
November 2, 2016 15:06 MYT
Barisan kepimpinan parti PPBM dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas satu Mesyuarat Agung Khas hari ini. - Foto Astro AWANI
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini dinamakan salah seorang daripada tiga Naib Presiden bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Selain beliau, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan Datuk Abdul Rashid Asari turut dilantik sebagai Naib Presiden.
Turut dilantik adalah Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Berhad Datuk Abdul Kadir Jasin merupakan antara 19 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Perkara tersebut diumumkan pimpinan parti dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas satu Mesyuarat Agung Khas di sini hari ini.
"Apabila dijemput untuk menyertai perjuangan ini, saya merasakan saya dapat menyumbang dalam rangka PPBM," kata Kadir.
Selain beliau, turut dilantik sebagai ahli MPT termasuk mantan Exco Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, YDP Perkasa Pulau Pinang Marzuki Yahya dan Presiden Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin.
Berikut adalah senarai Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diumumkan hari ini:
Pengerusi
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Naib Presiden
1. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
2. Datuk Abdul Rashid Asari
3. Datuk Hamidah Osman
Ketua Srikandi
Anina Saadudin
Ketua Armada
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Setiausaha Agung
Datuk Shahruddin Md. Salleh
Bendahari
Datuk Mohd Salleh Bajuri
Ketua Penerangan
Datuk Kamaruddin Mohd Nor
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
1. Kamarulazman Habibur Rahman (Ahli MPT - dilantik)
2. Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Ahli MPT – dilantik)
3. Mohd. Rafiq Naizamohideen (Ahli MPT - dilantik)
4. Mohd Redzuan Md. Yusof (Ahli MPT – dilantik)
5. Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Arif (Ahli MPT – dilantik)
6. Datuk A. Kadir Jasin (Ahli MPT – dipilih)
7. Muhammad Zahid Mat Arip (Ahli MPT – dipilih)
8. Datuk Nordin Salleh (Ahli MPT – dipilih)
9. Marzuki Yahya (Ahli MPT – dipilih)
10. Tan Sri Abd Aziz Mohd Yassin (Ahli MPT – dipilih)
11. Ahmad Faizal Azumu (Ahli MPT – dipilih)
12. Tariq Ismail Mustafa (Ahli MPT – dipilih)
13. Datuk Sukiman Sarmani (Ahli MPT – dipilih)
14. Hazlinda Abd Latif (Ahli MPT – dipilih)
15. Najwah Halimah Abd Halim (Ahli MPT – dipilih)
16. Ulya Awamah Husamuddin (Ahli MPT – dipilih)
17. Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli MPT – dipilih)
#Abdul Rashid Abdul Rahman #Kadir Jasin #Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
;