Bebas daripada budaya cah keting - Ahmad Razif

Nur Fazlizai Ali
April 14, 2018 16:49 MYT
Pihaknya juga mengambil langkah awal bagi memastikan budaya negatif itu dapat dibendung.
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memastikan parti itu bebas daripada budaya cah keting pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, unsur negatif itu boleh dihindar jika kepentingan parti diutamakan berbanding calon.
Menurut Ahmad Razif, pihaknya juga mengambil langkah awal bagi memastikan budaya negatif itu dapat dibendung.
“Kita dalam satu pasukan, kita sudah wujudkan satu organisasi menghadapi isu-isu dan krisis. Insya-Allah saya yakin dan percaya semua pemimpin kita berjiwa besar.
“Cuma, saya buat persediaan jika ada tetapi sedalam firasat saya tiada (cah keting),” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kuala Nerus, pada Sabtu.
Selain itu, Ahmad Razif berkata, pemimpin yang tidak disenaraikan sebagai calon perlu reda serta berfikiran positif.
“Terima keputusan itu dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah ketentuan.
“Daripada Allh SWT dan saya harap mereka berjiwa besar sekali gus akan membantu jentera parti. Walaupun mereka tidak boleh menjadi wakil rakyat mereka akan pasti diberi tempat terutama dalam kerajaan,” katanya.
#Barisan Nasional #BN #cah keting #isu semasa #Kuala Nerus #Malaysia Memilih #PRU14 #terengganu
;