MARANG: Pas tetap tidak akan mengikuti dan menyertai sebarang kerjasama ‘khemah besar‘ seperti yang disarankan sesetengah pihak sebaliknya akan terus menjalankan agenda perpaduan ummah.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana Pas telah mempunyai kumpulannya sendiri untuk melaksanakan agenda perpaduan itu.
Katanya Pas juga akan terus bekerjasama dengan parti terbesar orang Islam iaitu UMNO dan Bersatu untuk tujuan itu.
“Kita tidak ikut ‘khemah besar’, kita ada kumpulan kita sendiri. Kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah. Kita tidak ikut ‘khemah besar’, dalam khemah itu ada tikus, ada kucing ada macam-macam jenis dalam khemah. Kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi lagi, kerjasama itu juga merangkumi badan bukan kerajaan dan kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem.
Terdahulu pemimpin pembangkang diminta berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan usaha 'khemah besar' sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sehubungan itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan PH membuka pintu rundingan dan perbincangan termasuk kepada Bersatu dan Pas bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang..
Astro Awani
Fri Apr 29 2022

Abdul Hadi berkata Pas telah mempunyai kumpulannya sendiri untuk melaksanakan agenda perpaduan ummah. - Gambar fail

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Kalau tidak mahu Anwar, kira bukan khemah besar lagi
Khemah besar membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

PRU15: Fahami pendekatan 'Khemah Besar' Amanah sebelum bincang - Mat Sabu
'Khemah Besar' dianjur Amanah tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau Pas.

Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong
Pakatan Harapan (PH) akan mempersembahkan satu memorandum yang ditandatangani semua Ahli Parlimennya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara agar pembukaan semula Parlimen.