Bakal wakil rakyat pantai timur Sabah perlu ada 'ilmu' yang tinggi - Penganalisis
Tan Su Lin
April 23, 2018 07:26 MYT
April 23, 2018 07:26 MYT
Sesiapa yang bakal mewakili rakyat Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur perlu mempunyai keilmuan yang tinggi.
Menurut Pengarah Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman, ini kerana seseorang wakil rakyat itu perlu memahami konteks keselamatan sempadan dan risiko dari pihak luar.
Mengakui isu keselamatan pantai timur sesuatu yang sangat kompleks, ujarnya, cabaran terletak pada bakal calon meyakinkan rakyat terhadap jaminan tahap keselamatan.
"Sesiapa yang menjadi YB selepas PRU14 di pantai timur, satu cabaran besar ialah mereka perlu mempunyai keilmuan tinggi dalam memahami konteks persoalan keselamatan di kawasan tersebut."
"Ini kerana penduduk di pantai timur walaupun rata-rata dari masyarakat agraria (berasaskan pertanian) namun mereka sebenarnya sangat terhubung menerusi telefon pintar. Jadi wujud komunikasi maya, whatsapp group instagram dan sebagainya," katanya .
Ujar beliau, walaupun dasar-dasar seperti penguatkuasaan kawasan keselamatan khas pantai timur sabah (ESSCOM) telah dilakukan namun ia memerlukan pendekatan lebih holistik.
"Daripada permerhatian saya perlu ada engagement seperti town hall. Contohnya untuk calon-calon tertentu sebelum PRU pemimpin untuk dasar ini tujuan beri keselesaan townhall boleh digerakkan bagi meyakinkan penduduk pantai timur Sabah," katanya.
Apa yang pasti bukan mudah untuk perairan sepanjang 1,400 km dari Kudat ke Tawau itu TIDAK DIBOLOS kerana kedudukan maritim begitu kompleks dan sukar dikawal selia.
Tinggal lagi bakal-bakal YB perlu mencari solusi agar isu keselamatan negara hanya tidak diselesaikan menerusi pendekatan ketenteraan dan kepolisan.
#keselamatan
#MalaysiaMemilih
#Pantai Timur
#Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan
#risiko
#Sabah
#sempadan
#UMS
#zaini othman