Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR

Rahimah Abdullah
Julai 20, 2019 22:15 MYT
Azmin memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam tadi. - Gambar fail
Kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada Hari Kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021.
Turut tidak kelihatan dalam majls tersebut ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua pemimpin itu sepatutnya memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam tadi.
Majlis temurapat berkenaan diadakan secara tertutup dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih majlis malam dengan ucapan.
Turut kelihatan, adalah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar dan Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; dan Koordinator Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri, Datuk Johari Abdul, Naib Presiden PKR, Tian Chua, dan Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Azmin tidak hadir #Majlis Temurapat Pimpinan Pusat #Majlis Temurapat PKR #Presiden PKR #Timbalan Presiden PKR
;