'Azmin setia pada parti dan kepimpinan Anwar'

Hafiz Marzukhi
Julai 18, 2018 13:03 MYT
Anwar (kanan) bersama Mohamed Azmin menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada 16 Mei lalu. - BERNAMA
Ura-ura mengenai 'hasrat' Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti adalah tidak benar.
Menurut setiausaha politik Mohamed Azmin, Hilman Idham, sebaran senarai nama yang kononnya meletakkan beberapa nama pimpinan PKR termasuk Mohamed Azmin, merupakan 'perkara biasa' menjelang mana-mana pemilihan parti.
"Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan keterbukaan, semua jawatan dalam parti dipertandingkan.
"Namun apa yang dizahirkan oleh Datuk Seri Azmin adalah kesetiaan beliau kepada perjuangan PKR dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak boleh dipertikaikan," Hilman memberitahu Astro AWANI, hari ini.
Tambahnya, beliau yakin, dengan pengumuman Anwar untuk bertanding jawatan Presiden, Mohamed Azmin akan terus mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti.
BACA: Pemilihan PKR: Anwar bakal hadapi saingan untuk Presiden?
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #Hilman Idham #pemilihan PKR
;