Azmin pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR

Sinar Harian
November 11, 2018 07:23 MYT
MOHAMED AZMIN: Terima kasih kepada semua anggota PKR yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen. - Gambar fail
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan jawatan tersebut selepas menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli dalam pemilihan parti dengan majoriti 3,956 undi.
Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham ketika dihubungi menyatakan jumlah tersebut berdasarkan kepada keputusan akhir tidak rasmi selepas proses pengundian di 16 Cabang seperti Pensiangan, Tawau, Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Jasin dan Jelebu berakhir.
"Alhamdulillah, Datuk Seri menang dengan majoriti kira-kira 3,956 undi dan pemilihan di semua cabang telah selesai," katanya.
Katanya, jawatan Ketua Wanita PKR dimenangi oleh Haniza Mohamed Talha dengan majoriti 3,607 undi.
"Selain itu bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Dr Afif Bahardin dengan majoriti 314 undi juga berdasarkan kepada keputusan akhir tidak rasmi," katanya.

Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua anggota KEADILAN yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu, Mohamed Azmin menerusi hantaran di Twitternya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota PKR.
"Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua anggota PKR yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen," katanya, pada Ahad.
#Afif Bahardin #Azmin Ali #calon #Haniza Mohamed Talha #Muhammad Hilman Idham #pemilihan #PKR #Rafizi Ramli #timbalan presiden #Twitter
;