Azmin kekal di Selangor atau ke Putrajaya? Esok ada jawapannya...

Firdaus Azil
Mei 20, 2018 06:39 MYT
AZMIN: Majlis berjalan dengan baik dan positif. - Gambar fail
Persoalan sama ada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan kekal dengan jawatan Menteri Besar Selangor, atau beliau akan menyertai jemaah Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjawab esok.
Ketika ditemui media di luar Istana Kayangan, Shah Alam, Azmin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah selama hampir dua jam, di mana beliau menyampaikan perkembangan terkini, termasuk pertemuannya dengan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan positif. Tuanku telah menitahkan bahawa esok pagi, jam 9 pagi, Istana akan mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya lagi.

Persoalan sama ada DS @AzminAli akan lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi menyertai Jemaah Kabinet di bawah PM @chedetofficial masih belum terjawab. stana akan keluarkan kenyataan rasmi 9 pagi esok,ujar beliau.@501Awani pic.twitter.com/7Xq1fyIfB0

— F.A Awani (@FirdausAzil) May 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, baru-baru ini dinamakan Dr Mahathir sebagai ahli Jemaah Kabinet yang baharu, dan bakal memegang portfolio Hal Ehwal Ekonomi.
BACA: PM umum 9 lagi menteri Kabinet, Azmin, Maszlee Malik antara tersenarai
BACA: Sedia lepas jawatan MB, Azmin fokus pembangunan demi rakyat
BACA: Amirudin ganti Azmin di Selangor?
Media melaporkan, antara calon yang berpotensi untuk menggantikan beliau ialah ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari, ADUN Seri Setia, Profesor Shaharuddin Baharuddin, dan ADUN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei yang juga merupakan setiausaha politik Azmin.
#Istana Selangor #Mahathir Mohamad #Mohamed Azmin Ali #Persekutuan #portfolio #Sultan Selangor #Sultan Sharafuddin Shah