Azmin jawab persoalan tidak turun kempen di PRK Sungai Besar

Hafiz Marzukhi
Jun 14, 2016 20:30 MYT
Azmin ulang sokongan terhadap calon Amanah, dan doakan yang terbaik untuk calon PAS.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau tidak turun berkempen di Sungai Besar kerana tidak 'merestui' calon Parti Amanah Negara (Amanah).
"Di bulan Ramadan ini, terdapat banyak acara berbuka puasa melibatkan Tuanku.
"Sebagai Menteri Besar, saya harus mengiringi baginda," jelas Azmin.
Tambahnya, tidak harus timbul kemusykilan, sokongannya terhadap Azhar Abdul Shukur, calon Amanah.
"Saya ulangi sokongan saya terhadap calon Amanah.
"Namun, saya tetap doakan yang terbaik untuk Dr Rani (calon PAS) sebagai sahabat dalam kerajaan di Selangor dalam perjuangannya," kata Azmin dalam ucapannya sempena Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang, kelolaan Amanah.
Turut hadir, calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.
Dakwaan terhadap Azmin dibuat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang membangkitkan ketiadaan Azmin ketika kempen pilihan raya di Sungai Besar.
#berita politik #calon Amanah #kempen politik #Mohamed Azmin Ali #PRK #PRK Sungai Besar
;