Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen

Isabelle Leong
Februari 24, 2020 06:58 MYT
Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta. - Gambar fail
Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
Mereka termasuk Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dua individu yang dipecat dari parti terdahulu hari ini.
"Kami, Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengisytiharkan keluar daripada Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan, bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” menurut mereka dalam satu kenyataan.
Berikut ialah senarai penuh Ahli Parlimen PKR yang mengisytihar keluar parti dan PH bagi membentuk blok bebas di Parlimen:
1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak
2. Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
3. Datuk Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota
4. Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau
5. Datuk Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
6. Datuk Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal
7. Datuk Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat
8. Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat
9. Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok
10. Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo
11. Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau
#Ahli Parlimen PKR #Ampang #Baru Bian #blok Bebas #Gombak #keluar parti #Malaysia2020 #Mohamed Azmin Ali #Pakatan Harapan #Parlimen #PKR #Saifuddin Nasution Ismail #Zuraida Kamaruddin