INSIDEN video baru-baru ini mengenai pemimpin politik yang didakwa melakukan hubungan seksual yang dirakam menggunakan kamera intip bukanlah perkara yang baharu di Malaysia.
Malah, saya percaya ini bukanlah yang terakhir.
Rakyat Malaysia amat mudah untuk terkesan apabila berhadapan dengan pendedahan seperti ini.
Ia boleh mempengaruhi persepsi masyarakat sama ada seseorang yang terlibat dalam insiden seperti ini adalah layak untuk menjadi pemimpin ataupun tidak, walaupun video yang disebarkan itu mungkin sememangnya adalah palsu atau direka-reka.
Malangnya, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan akan insiden ini dan melancarkan serangan yang sistematik untuk menghancurkan karier politik si mangsa.
Pendirian saya dalam insiden ini amat jelas; saya tidak perlu membazir masa untuk berbincang atau bercakap tentang modus politikus yang jelek ini apabila ingin menganiaya reputasi individu.
Apa yang saya tahu, mereka ini adalah penjenayah dan pengecut, maka akan saya serahkan kepada undang-undang untuk menghukum penjenayah ini.
Namun, saya ingin berbicara mengenai individu yang dituduh secara membuta-tuli itu -- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Adakah beliau akan mengharungi cubaan membunuh politik ini?
Secara peribadi, saya mengenali Azmin Ali sebagai seorang individu yang mempunyai karakter yang teguh.
Seorang ahli politik yang berpengalaman, beliau telah mengharungi musim politik di Malaysia dari seawal waktu menjadi mahasiswa lagi.
Beliau hadir dari keluarga yang biasa-biasa, tidak ada latar belakang politik atau kerabat. Bapa beliau berkhidmat sebagai askar. Tidak hairanlah dari mana Azmin Ali mendapat sifat memimpin dan tegas.
Beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menuntut ijazah di Amerika Syarikat di mana itulah tempat beliau mula aktif di dalam politik mahasiswa dan kepimpinan belia.
Apabila Datuk Seri Dr Mahathir (sewaktu itu) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Amerika Syarikat, Azmin akan menjadi pilihan untuk berhubung.
Ini telah memberi peluang kepada beliau untuk berbincang secara terus dengan pemimpin tertinggi Malaysia dan sudah pasti, semangat dan minat dalam arena politik perdana mula bercambah apabila beliau dilantik sebagai setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
'Saham' beliau meningkat naik dan beliau dilihat sebagai calon untuk memimpin negara apabila tiba waktunya nanti.
Walaubagaimanapun, 1998 adalah tahun yang mencabar untuk beliau namun beliau memilih untuk kekal setia dengan ketua, sehingga mengasas bersama Parti Keadilan Nasional bersama Datuk Seri Anwar, sebuah parti asal sebelum akhirnya menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding melawan Barisan Nasional.
Beliau antara penyokong awal yang ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu zaman “Reformasi”. Beliau juga dihalang mahkamah daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 2004.
Mendengar beliau menceritakan kisah-kisah ini menyedarkan saya bahawa beliau adalah pejuang dan saya percaya beliau masih lagi sama. Ia tidak pernah mudah untuk beliau. Namun, beliau kekal bertahan.
Kepimpinan beliau telah diuji ketika Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula, dan Azmin telah menyatukan penyokong pembangkang untuk memastikan tidak ada rekahan dari dalam parti.
Beliau mula melatih pemimpin dalam parti, mungkin kerana minat beliau dalam mengajar yang ditanam sejak menjadi guru sekolah (dan beliau juga memegang Ijazah Sarjana dalam Pendidikan), dan strategi ini telah menunjukkan visi Azmin dalam memastikan parti kekal utuh dan kuat.
Apabila Azmin Ali memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, ramai menganggap beliau tidak akan kekal bertahan selama satu penggal.
Namun, beliau menyangkal mereka semua. Azmin tidak banyak bercakap atau bersembang, sebaliknya beliau membuktikan usaha dan kerja keras beliau di Selangor.
Hari ini, Selangor terus kekal maju dan progresif atas jasa beliau.
Banyak skim yang bermanfaat telah diperkenal dan bantuan lebih banyak diberikan kepada rakyat berpunca daripada pembangunan ekonomi Selangor yang kian stabil.
Contohnya, beliau adalah tokoh yang memperkenalkan pelan Smart Selangor, satu rangka kerja untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah bandar yang pintar.
Jika dilihat dari portfolio saya, beliau juga telah memperkenalkan beberapa program pengambilan kerja untuk belia seperti Internship for High Impact Talent dan kem akademik.
Negeri Selangor telah menikmati pelaburan terus yang besar hasil usaha kepimpinan beliau.
Azmin Ali adalah pemimpin yang merangka strategi dengan cermat dan dibuktikan dalam saman sivil, fitnah, krisis air dan campur tangan dari Kerajaan Persekutuan.
Sepanjang waktu yang sukar ini, keluarga beliau sentiasa menyokong dan menjadi tunjang kekuatan Azmin.
Mereka perlu melalui banyak tekanan dari kontroversi; dari permusuhan adik beradik antara Azmin, Azwan dan Ummi Hafilda sehinggalah insiden video seks oral Azmin.
Semua itu dihadapi beliau dengan cermat dan menjadikan beliau seorang ahli politik yang lebih kuat berjuang.
Tahun 2018 adalah sukar untuk Azmin sejak menyertai perjuangan bersama Tun Dr Mahathir dan pemimpin Pembangkang yang lain bagi membentuk Pakatan Harapan.
Ini semua dilakukan untuk menyelamatkan negara ini dari kleptokrasi dan skandal 1MDB yang maha dahsyat.
Tindakan Azmin dan PKR adalah satu taruhan yang besar untuk bergabung dengan Tun Dr Mahathir. Namun, beliau memilih untuk mengutamakan negara berbanding isu peribadi.
Azmin berjuang seperti seorang pemimpin sewaktu Pilihan Raya Umum ke 14 dan Pakatan Harapan amat terhutang budi dengan semangat dan strategi Azmin yang membawa kepada kemenangan pilihan raya.
Saya menyaksikan sendiri semua mesyuarat dan kempen yang dijalankan oleh Azmin sebelum pilihan raya, dan saya sendiri percaya beliau memiliki disiplin kepimpinan dan semangat kerjasama, yang kadang-kala menjadi satu ancaman kepada sesetengah pihak.
Kepakaran beliau di dalam ekonomi, matematik dan juga pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor menjadikan beliau calon yang terbaik untuk memimpin Kementerian Ekonomi.
Jika dilihat dari pengalaman dan sejarah yang Azmin lalui dan harungi, saya secara peribadi percaya beliau akan menempuhi gosip terbaru ini dengan cekal.
Jika saya adalah musuh Azmin yang merencana insiden tidak bermaruah ini, saya akan tidak senang duduk kerana saya tahu beliau akan kembali dengan lebih kuat.
Saya mendoakan beliau dan keluarga akan kekal tabah dan terus memimpin Malaysia di masa hadapan.
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Sat Jun 15 2019

Azmin tidak banyak bercakap atau bersembang, sebaliknya beliau membuktikan usaha dan kerja keras beliau di Selangor. -Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.