Azlan ganti Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis - Zahid
Fareez Azman
April 24, 2021 15:37 MYT
April 24, 2021 15:37 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man akan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Jelasnya pertukaran itu berkuatkuasa serta merta hari ini.
"Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.
"Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau," jelas Ahmad Zahid.
Shahidan sebelum ini adalah antara pemimpin UMNO yang dilihat lantang dengan pendiriannya bahawa parti itu perlu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
#Zahid Hamidi
#Shahidan Kassim
#PPBM
#UMNO
#PAS
#PRU
#Menteri Besar
#pilihan raya umum
#Perlis
#pilihan raya
#kerajaan
#presiden
#perhimpunan
#menteri
#Malaysia