Azhar Abdul Shukur diumum calon Pakatan Harapan PRK Sungai Besar

Astro Awani
Jun 1, 2016 23:08 MYT
Azhar menepati ramalan sebelum ini yang mengatakan beliau akan dinamakan sebagai calon Amanah untuk PRK Sungai Besar. - Foto Facebook Azhar Abdul Shukur
Parti Amanah Negara (Amanah) menamakan seorang guru agama dan usahawan, Azhar Abdul Shukur sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Nama calon Pakatan Harapan berusia 51 tahun yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar itu diumumkan Presiden Amanah Mohamad Sabu di Dewan Sri Sekinchan pada Rabu malam.
Azhar merupakan anak kepada ahli politik Barisan Nasional, Datuk Abdul Shukur Siraj.
Turut hadir dalam acara pengumuman calon itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemani Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, dan Bendahari Agung parti itu, Datin Tan Yee Kew, serta Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Naib Pengerusi Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa turut memaklumkan pengumuman itu di akaun Twitternya:

Ustaz azhar dato abdul shukor pic.twitter.com/rpA0KiVruO

— Mujahid Yusof Rawa (@mparitbuntar) June 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PRK Sungai Besar akan dilangsungkan pada 18 Jun.
#Azhar Abdul Shukur #berita politik #Calon PRK Sungai Besar #Parti Amanah Negara
;