Azalina nak 'ganti' Speaker petang ini?

Hasimi Muhamad
September 15, 2021 14:01 MYT
Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun bersama Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman (kanan) ketika hadir Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Majlis Julai lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini memberi gambaran seolah-olah akan kembali di 'kerusi' Speaker pada persidangan Parlimen petang ini.
Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu ketika membahaskan usul Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong secara berseloroh menyatakan akan 'menggantikan' Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan majlis ketika itu.
Beliau berkata demikian ketika meminta masa tambahan daripada Azhar, sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kedengaran sedikit tertawa dengan permintaan berkenaan.
“Akhir sekali sebelum saya minta masa tambahan yang berhormat Speaker, kalaupun saya ganti 2.30 nanti, saya tambah sikit..,” katanya pada Mesyuarakat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, di sini hari ini.
SISI TV PARLIMEN DI SINI
Azalina kembali mempengerusikan Dewan Rakyat?
Sebelum ini, Azalina meletak jawatan sebagai timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keputusan tersebut katanya dibuat atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.
Persidangan kali ini dikendalikan oleh Azhar sebagai Speaker dan dibantu oleh Datuk Mohd Rashid Hasnon sebagai timbalan Speaker.
#Azalina Othman Said #Yang di-Pertuan Agong #Dewan Rakyat #Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
;