Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen

Hasimi Muhamad
September 15, 2021 16:15 MYT
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mempengerusikan sidang Dewan Rakyat sesi petang ini untuk sementara mengikut Peraturan Mesyuarat 7(3), pada Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said 'mengejutkan' ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan sesi petang Sidang Parlimen, di sini hari ini.
Kemunculan Ahli Parlimen Pengerang itu dilihat menimbulkan beberapa reaksi daripada ahli Parlimen, termasuk ada yang mengucapkan 'selamat kembali bertugas'.
.
Bagaimanapun, Azalina menjelaskan beliau hanya diminta untuk mempengerusikan persidangan buat sementara waktu.
INI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI
"Saya telah diminta oleh Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 7(3), diminta untuk mempengerusikan mesyuarat sementara waktu," kata beliau di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Saya telah diminta oleh Tuan Yang Dipertua bahawa peraturan mesyuarat 7 (3) diminta mempengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu. - Azalina Dia macam mutaah, sekejap sahaja. Azalina#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/6sDZmd1ADe

— Astro AWANI (@501Awani) September 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR-PH) kemudian bangkit mempersoalkan adakah tindakan tersebut dilakukan mengikut prosedur yang betul atau sebaliknya.
"Pagi tadi Tuan Speaker berada sebagai backbancher, tetapi petang ini tiba-tiba mempengerusikan mesyuarat ini. Saya tiada masalah, hanya adakah ini prosedur yang betul?
"Kita bermesyuarat dan membincangkan Titah Diraja dan tiada pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan ini tentang penggantian yang begitu mudah, adakah peraturan mesyuarat itu digunapakai dengan sebetulnya?," soalnya.
Azalina kemudian berseloroh: "Ini macam 'mutaah', sekejap saja. Mungkin hari Isnin atau Selasa, orang lain."
Mengikut Peraturan Mesyuarat 7(3) menyatakan pada bila-bila masa mesyuarat bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang ahli mempengerusikan mesyuarat itu bagi sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis Mesyuarat dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan mesyuarat.

YB Pontian, bakal timbalan speaker, dipersilakan. - DS Azalina Othman Said. DS Ahmad Maslan kemudian berbahas dan menyampaikan tiga rangkap pantun.#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/gY8qVFiRjI

— Astro AWANI (@501Awani) September 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, sewaktu Azalina menjemput Datuk Seri Ahmad Maslan membahaskan Titah DiRaja dalam sidang petang berkenaan, beliau secara spontan memanggil Ahli Parlimen Pontian itu, 'bakal Timbalan Speaker'.
“YB Pontian, bakal Timbalan Speaker, dipersilakan.” - Azalina
#Dewan Rakyat #Azalina Othman Said #pengerang #Timbalan Speaker Dewan Rakyat
;