Asyraf Wajdi kesal dituduh peluk perempuan bukan mahram

Sinar Harian
April 30, 2018 05:43 MYT
Siapa wanita yang dipeluk Asyraf Wajdi dalam imej ini? - Foto Sinar Harian
Calon Parlimen Pasir Puteh, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan tuduhan liar mengatakan beliau memeluk perempuan bukan mahram ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, pada Sabtu lalu.
Katanya, beliau percaya tuduhan berunsur fitnah itu yang tular di media sosial dilakukan dengan niat menjatuhkan imej beliau sebagai calon.
"Saya tegaskan, wanita yang saya peluk itu adalah ibu saya sendiri disusuli kakak-kakak dan adik-adik saya yang sanggup balik Kelantan untuk menzahirkan sokongan kepada saya," katanya.
Menurutnya, sokongan moral keluarga memberi kekuatan kepadanya untuk bertanding dalam PRU14.
Asyraf Wajdi ialah calon BN di kawasan Parlimen Pasir Puteh bagi PRU14 pada 9 Mei ini.
#Asyraf Wajdi Dusuki #Barisan Nasional #calon #fitnah #Malaysia Memilih #media sosial #PRU14 #wanita