Asas perjuangan yang jelas mampu wujudkan kerjasama PAS-PPBM

Hilal Azmi
Januari 18, 2017 21:35 MYT
PAS mengambil langkah berhati-hati kerana dalam Pakatan Harapan masih terdapat parti politik yang dirasakan tidak selesa untuk bekerjasama. - Foto Astro AWANI
PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya akan bekerjasama sekiranya wujud pertemuan dalam asas perjuangan politik pembangkang.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Dr Fuad Othman berkata, setakat ini, PAS dilihat mengambil langkah berhati-hati sebelum membuat keputusan.
"PAS mengambil langkah berhati-hati kerana dalam Pakatan Harapan masih terdapat parti politik yang dirasakan tidak selesa untuk bekerjasama.
"Biarpun semua parti pembangkang (termasuk PAS) dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran PPBM baru-baru ini, PAS masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bekerjasama.
"Dia Pakatan boleh buat dua tiga pakatan. Satu pakatan mungkin PKR-DAP-AMANAH mungkin pada pakatan lain, PKR-PAS sahaja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Jelasnya lagi, kemungkinan paling besar setakat ini ialah PAS belum menemui asas perjuangan bersama yang memungkinkan mereka bekerjasama.
"Kalau mereka dapat selesaikan masalah ini, kerjasama akan berlaku," tambahnya.
Sebelum ini tiada kelibat pemimpin PAS yang hadir semasa Majlis Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam.
#Fuad Othman #Parti Peribumi Bersatu Malaysia #PAS #PPBM #UUM
;