Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj

Amanz
November 17, 2024 08:15 MYT
Apple kini menyenaraikan iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max (gambar) di bawah kategori vintaj di seluruh dunia. - Foto Amanz
APPLE sering melakukan kemas kini status produk mereka, terutamanya selepas sekitar lima tahun berhenti menjualnya dan menyenaraikan ia sebagai produk vintaj.
Hal ini selari dengan penghentian jualan, sokongan, serta komponen baik-pulih untuknya yang tidak dikeluarkan lagi.
Terbaru, Apple kini menyenaraikan iPhone 6s Plus dan juga iPhone XS Max di bawah kategori vintaj di seluruh dunia.
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Buat masa ini, model variasi kecil yang diperkenalkan sama, iaitu iPhone 6s dan juga iPhone XS tidak disenaraikan di bawah kategori sama – dan mungkin dilakukan dalam masa terdekat ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda masih menggunakan kedua-dua model peranti ini pada hari ini?
#iPhone #Apple #telefon pintar #produk vintaj
;