Apple iPhone 16 kini boleh dipratempah, dengan pilihan ambil terus di Apple Store TRX

Amanz
September 14, 2024 14:50 MYT
Pengguna tempatan boleh membuat pembelian dan menerimanya bermula 20 September 2024. -Amanz
APPLE kini telah membuka pratempahan untuk penawaran siri iPhone 16 dan juga iPhone 16 Pro di Malaysia.
Ia sekali gus membolehkan para pengguna tempatan membuat pembelian dan menerimanya bermula 20 September 2024.
Di bawah tempahan pembelian pada laman rasmi Apple Store Malaysia, pengguna boleh memilih melakukan tukar beli dengan model lama, selain melakukan pemilihan untuk mengambil peranti terus di Apple Store TRX.
Berikut merupakan harga jualan iPhone 16 di Malaysia:
iPhone 16
128GB – RM3999
256GB – RM4499
512GB – RM5499
iPhone 16 Plus
128GB – RM4499
256GB – RM4999
512GB – RM5999
iPhone 16 Pro
128GB – RM4999
256GB – RM5499
512GB – RM6499
1TB – RM7499
iPhone 16 Pro Max
256GB – RM5999
512GB – RM6999
1TB – RM7999
#Apple #TRX #iPhone 16 #PraTempahan
;